BICARA KATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, saya dapat berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan kejuruteraan kimpalan. Matlamatnya adalah untuk memupuk minat dan kecenderungan anak-anak pelajar di Kolej Vokasional, SMT/V, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan kemahiran dan pelajar universiti menjadikan bidang kejuruteraan kimpalan sebagai profesion dimasa hadapan. Saya mengambil inisiatif ini memandangkan kesukaran mendapat bahan rujukan berkaitan kejuruteraan kimpalan dalam bahasa Malaysia. Mudahan Sedikit sumbangan ini dapat membantu anda memperoleh pengetahuan, mengetahui dan memahami fakta, konsep/prinsip, terminologi, proses dan prosedur kimpalan. Saya juga mengalu-alukan sumbangan artikel berkaitan serta komen dan ulasan yang membina bagi meningkatkan kualiti artikel yang ditulis di Blog ini.
Terima kasih
chekguzaidi

Tuesday, April 27, 2010

Keselamatan Am di Tempat kerja.

UTAMAKAN KESELAMATAN. Slogan ini merupakan peringatan kepada semua pekerja dan pelawat apabila berada di tapak binaan, bengkel dan kilang. Selain slogan dan tanda amaran Poster dan pelbagai simbol keselamatan juga di pamirkan sebagai ingatan dan amaran pentingnya Keselamatan. Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 juga diwujudkan bertujuan untuk melindungi dan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja yang sedang bekerja terjamin.
Untuk memastikan risiko kemalangan industri dapat dikurangkan, semua pihak perlu mengambil tanggung jawab dengan mematuhi peraturan keselamatan ditempat kerja. Kemalangan yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan kecederaan, malah boleh menyebabkan kematian, kerugian harta benda dan kehilangan sumber tenaga yang terlatih.


Punca kemalangan

Kemalangan industri berpunca dari tiga aspek utama iaitu
A. Kecuaian manusia
B. Keadaan tempat kerja dan
C. Keadaan peralatan atau mesin.

A. Kecuaian manusia

  • Tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja yang sedang dilakukan.
  • Tidak merancang dengan teliti sebelum melaksanakan projek.
  • Tiada pengetahuan yang mengcukupi apabila mengendalikan peralatan atau mesin.
  • Tidak mematuhi peraturan bengkel dan tanda amaran yang ditetapkan.
  • Tiada tanda amaran keselamatan di tempat kerja.
  • Menyalahgunakan peralatan tidak mengikut kegunaan sebenarnya.
  • Gagal mematuhi prosedur penggunaan peralatan atau mesin.
B. Keadaan tempat kerja

  • Keadaan lantai yang licin
  • keadaan lantai yang kotor
  • kawasan kerja yang terhad, tiada ruang bergerak dengan selesa.
  • Persekitaran kerja yang tidak mempunyai pengalihudaraan dan pencahayaan yang baik
  • Kawasan kerja yang terlalu bising.

C. Keadaan Mesin dan peralatan

  • Bahagian mesin yang bergerak tidak dilindungi penghadang keselamatan
  • Mesin tidak diselenggarakan dengan baik.
  • Kedudukan dan susunan mesin tidak teratur.
  • Menggunakan mesin yang tidak memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan
  • Kerosakan pada alat atau kebocoran litar elektrik.
  • Menggunakan alat yang rosak.

No comments: